Tuesday 18 December 2012

ST JOHN MUDA

1.     Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menyertai St John Muda mesti
        (a) berumur antara 8 hingga 11 tahun
        (b) mempunyai kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga

2.     Kanak-kanak pada umur ini melalui perkembangan yang cepat dari segi fizikal dan mental serta memerlukan banyak skop untuk aktiviti. Aktiviti-aktiviti ini mestilah praktikal seberapa yang boleh.

3.     Matlamat utama St John Muda adalah menjadi kadet percubaan dalam umur 10 tahun enam bulan dengan harapan menduduki peperiksaan pertolongan cemas asas di antara usia 10 tahun enam bulan hingga 11 tahun, kemudiannya turut serta sebagai ahli kadet.

4.     Program latihan untuk St John Muda tidak semestinya berulang kali dan cadangan yang diberikan di bawah adalah bertujuan sebagai panduan sahaja.

5.      Program-program berikut mesti disertakan sebagai mata pelajaran asas dalam tempoh tiga tahun
        (a) pertolongan cemas dan perawatan
        (b) pengetahuan sejarah St John Ambulans
        (c) keselamatan jalan raya
        (d) pengetahuan am
        (e) rekreasi fizikal

6.     Lencana Anugerah Tahun 1 (1 bintang), Tahun 2 (2 bintang) dan Tahun 3 (3 bintang) dianugerahkan kepada St John Muda setelah berjaya menyelesaikan mata pelajaran asas untuk tahun pertama, kedua dan ketiga.

7.     St John Muda juga boleh digalakkan mengambil bahagian di dalam pelbagai subjek dan ingin terbuka kepada negeri masing-masing untuk membentuk skema "Topik St John Muda".

No comments:

Post a Comment