Wednesday 19 December 2012

KADET

MATLAMAT



Matlamat organisasi Kadet St John Ambulans adalah seperti berikut : 
(a) memberi peluang untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam SJAM.
(b) Menggalakkan golongan muda mengikuti contoh cara hidup sebagai mana yang terdapat di dalam Rukun Keperwiraan Kadet (Cadet Code Of Chivalry).
(c) Mewujudkan semangat usaha sama sambil membentuk keperibadian individu.
(d) Meningkatkan taraf kesihatan.
(e) Menggalakkan golongan muda menggunakan masa lapang mereka secara penuh produktiviti dengan menyediakan kemudahan moden, nasional dan organisasi belia.
(f) Menjadi batu asal untuk keahlian Divisi Dewasa di dalam SJAM.


KELAYAKAN

1.     Calon keahlian kadet mesti :
        (a) berumur di antara 10 hingga 18 tahun
        (b) mempunyai kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga
        (c) boleh diterima oleh Pemerintah di dalam semua aspek
        (d) telah lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas

2.     Tarikh menyertai adalah tarikh di mana individu telah menandatangani Borang BF1 atau BFCRS.

3.     Had umur - Tidak ada seorang pun yang boleh meneruskan keahliannya sebagai ahli kadet setelah mencapai umur 18 tahun tetapi boleh dilantik ke Divisi Dewasa setelah mencapai umur 16 tahun.


UPACARA KEMASUKAN
1.     Upacara kemasukan boleh mengambil tempat tidak melebihi enam bulan setelah kadet telah menyertai SJAM. Upacara kemasukan boleh dikendalikan oleh pegawai-pegawai berikut, mengikut keutamaan :
        (a) Pemerintah negeri/kawasan
        (b) Pegawai Turus (kadet)
        (c) Yang Dipertua
        (d) Mana-mana Pegawai Turus Kanan yang telah diluluskan oleh Pemerintah Negeri/Kawasan

2.     Upacara tersebut harus mengambil tempat di Ibu Pejabat Negeri/Kawasan, dewan atau di tempat-tempat lain yang sesuai di mana ibu bapa atau rakan-rakan sekiranya dipersetujui menyaksikan aktiviti tersebut.

3.     Pakaian - setelah kadet lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas, ahli tersebut dibenarkan memakai pakaian seragam mengikut Peraturan Pakaian Seragam yang terkini.


KECEKAPAN

1.     Untuk kecekapan, kadet yang dikehendaki :
        (a) lulus peperiksaan ulangan tahunan di dalam Sokongan Hidup Am (Basic Life Support) sebagai salah satu program latihan biasa.
        (b) hadir pada Pemeriksaan Divisi Tahunan. (Pemeriksaan Negeri/Wilayah/Kawasan boleh dianggap sebagai kecekapan, sekali dalam tempoh tiga tahun, kebenaran terlebih dahulu perlu diperolehi daripada Pemerintah Negeri/Wilayah)
        (c) menghadiri sekurang-kurangnya 12 mesyuarat divisi
        (d) menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan di dalam SJAM sehingga memuaskan pegawai

2.     Kecekapan pada tahun menyertai - untuk mengira perkhidmatan pada tahun menyertai SJAM, seseorang ahli kadet mesti :
        (a) menyertai tidak lewat daripada 30 September
        (b) lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas
        (c) menghadiri pemeriksaan Divisi Tahunan (sekiranya diadakan setelah tarikh manyertai)
        (d) menghadiri 12 mesyuarat divisi

3.     Gagal mengekalkan kecekapan - Keahlian SJAM akan luput dengan sendirinya dalam keadaan di mana kadet tidak aktif selama dua tahun berturut-turut.Walau bagaimanapun, sekiranya kadet menjadi aktif untuk jangka masa lebih daripada dua tahun akibat sakit, merantau, peperiksaan atau hal peribadi yang penting; digalakkan untuk memohon, melalaui saluran yang biasa kepada Pemerintahan Negeri/Wilayah, dilantik ke sattus Dewasa, mengundurkan tarikh kepada 16 tahun.

4.     Peperiksaan Ulangan Kadet - Peperiksaan ulangan untuk mereka yang berminat untuk mengendalikan Sijil Pertolongan Cemas Asas, seboleh-bolehnya dikendalikan oleh Pegawai Turus Negeri/Kawasan (kadet) atau pegawai lain yang dicadangkan oleh Pegawai Perubatan Negeri/kawasan.


DIVISI

1.     Divisi adalah unit biasa di dalam St John Ambulans dan sebuah Divisi Kadet mesti mengandungi tidak kurang daripada lapan orang, termasuk seorang pegawai dan biasanya tidak melebihi 48 orang.

2.     Nama Unit - Nama setiap divisi mesti mengandungi nama tempat asalnya di mana ia terletak, bersama perkataan, nama dan nombor atau mana yang difikirkan sesuai .

3.     Divisi campuran - Perintah kawasan boleh mencadangkan penubuhan divisi gabungan seperti mana yang terdapat di dalam peraturan SJAM.

4.     Penubuhan - Matlamat lengkap penubuhan terdapat di dalam Peraturan SJAM. Penubuhannya adalah sama dengan semua divisi lain, tetapi perlu diingatkan bahawa divisi yang mengandungi kedua-dua jantina mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemimpin dewasa lelaki atau perempuan.

5.     Mesyuarat - Sebuah divisi mesti berjumpa tidak kurang daripada dua kali sebulan atau seperti mana yang telah diarahkan oleh pegawai penyelia. Setiap mesyuarat mesti dijalankan selama sejam dan kadet hanya boleh dikira hadir sekiranya hadir pada masa yang minimum.

6.     Pelantikan Pegawai Turus - Pegawai turus yang khasnya bertanggung jawab ke atas hal-hal kadet adalah :
        (a) ketua pegawai turus kadet di ibu pejabat kebangsaan
        (b) pegawai turus negeri/wilayah (kadet)
        (c) pegawai turus kawasan (kadet)

7.     Pegawai Turus Divisi - Bilangan pegawai di dalam Peraturan SJAM
        (a) Pegawai Kadet - Pegawai yang dilantik untuk menyelia kadet mesti, pada pelantikan pertama, biasanya berumur 45 tahun dan ke bawah. Pegawai seumpama ini mesti mempunyai kebolehan, terbukti dalam memimpin dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan serta menyediakan diri mereka untuk menjalani latihan biasa dalam kerja-kerja belia.

        (b) Ketua Kadet - Ketua Kadet akan dilantik bagi pihak pemerintah oleh Pegawai Turus Kawasan (Kadet) di atas cadangan oleh Pegawai Penyelia Divisi Kadet tersebut. Mereka akan dipi;ih berdasarkan sifat-sifat kepimpinan, biasanya telah mencapai umur 15 tahun dan memegang pangkat Sarjan Kadet tetapi mereka bukannya pegawai. Mereka harus diberi tugas dalam posisi di mana mereka boleh menggunakan kualiti kepimpinan dengan menyelia kumpulan kadet atau bakal menggantikan Pegawai Divisi.

         (c) NCO Kadet - NCO Kadet dilantik oleh Penguasa Divisi, biasanya boleh berunding dengan pegawai Atasan Pegawai Turus (Kadet). Latihan mesti diberi unutk membolehkan NCO Kadet menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka.


8.     Jawatankuasa Divisi - Penguasa Divisi Kadet mesti membentuk Jawatankuasa Divisi. Wakil mesti dilantik dari kalangan Ketua Kadet, NCO Kadet dan kadet. Cadangan Jawatankuasa mestilah hanya sebagai kumpulan memberi pandangan sahaja. 

No comments:

Post a Comment