Wednesday 19 December 2012

KEAHLIAN DEWASA

KELAYAKAN MENJADI AHLI

1.     Umur 17 - 65 tahun (Kadet ------- Dewasa - umur 16 tahun)
2.     Keperibadian yang baik
3.     Tubuh badan yang sihat
4.     Diterima oleh Pemerintah Negeri dalam segala aspek
5.     Lulus Kursus Induksi


KEAHLIAN

1.     Tarikh menjadi ahli ialah tarikh borang BFRS/BF1 ditandatangani
2.     Mesti mempunyai Sijil Pertolongan Cemas yang sah


SYARAT-SYARAT KECEKAPAN

1.     Lulus ujian teknik Basic Life Support
2.     Lulus peperiksaan ulangan pertolongan cemas/perawatan
3.     Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi
4.     Menghadiri 12 perjumpaan latihan divisi
5.     Menjalankan tugas-tugas St John seperti yang dikehendaki oleh Pemerintah Negeri
6.     Menjalankan 30 jam tugas setahun


KECEKAPAN UNTUK TAHUN MENJADI AHLI

1.     Menjadi ahli tidak lewat daripada 30 September
2.     Lulus Kursus Induksi
3.     Menghadiri perbarisan tahunan divisi sekiranya diadakan selepas tarikh menjadi ahli
4.     Menghadiri sekurang-kurangnya 12 perjumpaan latihan divisi.


GAGAL MENGEKALKAN KECEKAPAN

1.     Dua tahun berturut-turut tidak cekap, keahlian luput secara automatik
2.     Rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada Pemerintah Negeri melalui saluran-saluran biasa sekiranya ada sebab-sebab yang munasabah.


PENGECUALIAN DARIPADA SYARAT KECEKAPAN

PEPERIKSAAN ULANGAN TAHUNAN
1.     Pegawai perubatan
2.     Pelajar-pelajar perubatan
3.     Pembantu perubatan
4.     Jururawat berdaftar
5.     Ahli-ahli yang menjalankan latihan perawatan

PERJUMPAAN LATIHAN DIVISI
1.     Pelajar-pelajar perubatan
2.     Ahli-ahli yang menjalankan latihan perawatan

PENGECUALIAN SEBAHAGIAN
Dengan syarat keizinan Pemerintah Negeri, pengecualian boleh diberikan untuk enam perjumpaan latihan divisi.
1.     Dikecualikan daripada enam (maksimum) perjumpaan latihan divisi tetapi mesti menjalankan tugas-tugas spesifik, iaitu sejam untuk satu perjumpaan latihan divisi
        (a) pegawai perubatan - bertugas sebagai pemeriksa peperiksaan ulangan/pengadil dalam pertandingan-pertandingan St John
        (b) pegawai perawatan - bertugas sebagai pemeriksa peperiksaan ulangan/engadil dalam pertandingan-pertandingan St John
        (c) ahli-ahli - menjalankan  tugas pengangkutan, mengiringi pesakit, menjalankan tugas perawatan di hospital dan menjalankan tugas perawatan komuniti
        (d) ahli-ahli - memberi latihan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum kadet (dengan keizinan Penyelia Divisi)
        (e) ahli-ahli - memberi latihan pertolongan cemas kepada organisasi lain
        (f)  ahli-ahli - menghadiri kursus latihan sepanjang hari yang diperakui
        (g) ahli-ahli - menghadiri latihan perkhemahan yang diperakui
        (h) ahli-ahli - menghadiri ceramah-ceramah Pertolongan Cemas/Penjagaan untuk orang sakit

2.     Pengecualian enam perjumpaan latihan divisi
        (a) ahli-ahli yang bekerja sebagai jururawat di hospital
        (b) ahli-ahli yang bekerja sebagai perpustakawan hospital
        (c) ahli-ahli yang bekerja sebagai pemandu ambulans
        (d) ahli-ahli pancaragam - mesti menghadiri sekurang-kurangnya 12 latihan pancaragam

PERBARISAN TAHUNAN DIVISI
1.     Mesti mendapat keizinan Pemerintah Negeri
2.     Yang boleh dikecualikan ialah pelajar-pelajar perubatan dan ahli-ahli yang mengikuti latihan perawatan
3.     Perbarisan Negeri/Kawasan boleh diambil kira sebagai Perbarisan Tahunan untuk kecekapan sekali dalam masa tiga tahun


SENARAI SIMPANAN

1.     Umur tidak melebihi 65 tahun
2.     Mesti ada sekurang-kurangnya tiga tahun perkhidmatan yang cekap
3.     Untuk pegawai-pegawai, permohonan boleh dibuat kepada ibu pejabat melalui saluran-saluran biasa
4.     Untuk ahli-ahli, permohonan boleh dibuat kepada Pemerintah Negeri
5.     Semua permohonan boleh disertai dengan BF4
6.     Pangkat pegawai dan NCO dikekalkan tetapi tiada kuasa ekdekutif
7.     Boleh masul semula ke senarai aktif dengan keizinan Pemerintah Agung. Pegawai boleh mengekalkan pangkat hanya untuk mengisi kekosongan.


KEPERLUAN UNTUK KECEKAPAN TAHUNAN (SENARAI SIMPANAN)

1.     Lulus ujian teknik Basic Life Support
2.     Lulus Peperiksaan ulangan Pertolongan Cemas/Penjagaan Untuk Orang Sakit sebelum sijil luput
3.     Menghadiri enam perjumpaan latihan divisi tahunan
4.     Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi


SENARAI AHLI BERSARA

1.     Mesti mempunyai perkhidmatan cekap tidak kurang daripada enam tahun
2.     Permohonan dan BF4 boleh dihantar kepada Pemerintah Negeri


YURAN KEAHLIAN

1.     Pelajar - RM 1.00
2.     Biasa - RM 2.00
3.     Seumur Hidup - RM 300.00

1 comment: