Wednesday 19 December 2012

KEAHLIAN KADET

KELAYAKAN MENJADI AHLI

1.     Berusia 10 - 18 tahun
2.     Mempunyai kebenaran bertulis daripada ibu bapa/waris
3.     Diterima oleh Pemerintah Negeri dalam semua aspek
4.     Mempunyai Sijil Pertolongan Cemas Asas (Kadet Perawatan - Sijil Perawatan Asas dalam tahun selepas tahun menjadi ahli)


TARIKH MENJADI AHLI

Tarikh menandatangani BF1/BFCRS


ISTIADAT PELANTIKAN (ENROLMENT CEREMONY)

Diadakan secepat mungkin (dalam masa enam bulan) selepas kadet telah memperoleh Sijil Pertolongan Cemas Asas.


KECEKAPAN

1.     Tarikh menjadi ahli - tidak lewat daripada 30 September
2.     Lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas
3.     Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi sekiranya diadakan selepas tarikh menjadi ahli
4.     Menghadiri 12 perjumpaan divisi


KECEKAPAN UNTUK TAHUN KENAIKAN KEPADA DIVISI DEWASA

Dianggap cekap pada tahun tersebut sekiranya kadet itu telah memenuhi syarat-syarat kecekapan.

* Kecekapan untuk mendapat Pingat/Chevron Perkhidmatan (Service Chevron/Service Medal) - perkhidmatan semasa menjadi kadet diambil kira
3 tahun kecekapan = 1 tahun kecekapan untuk kadet dewasa


GAGAL MENGEKALKAN KECEKAPAN

1.     Dua tahun berturut-turut tidak cekap, keahlian luput secara automatik.
2.     Rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada Pemerintah Negeri melalui saluran-saluran biasa sekiranya ada sebab-sebab yang munasabah.

No comments:

Post a Comment