Thursday 3 January 2013

A WELCOME WISH !


ATTENTION TO ALL CADETS !

The division AC4 and NC12, St John Ambulance Malaysia would like to greet all cadets welcome back to school. May the year of 2013 bring us the most magnificient moments and accomplishment for our division.

We would be please to invite all of you to join us and contribute for activities that had been planned throughout the year. Do support St John Ambulance!

Friday 21 December 2012

LENCANA KEMAHIRAN KADET

AM


Objektif Lencana Kemahiran Kadet ini adalah untuk menggalakkan golongan muda terutamanya ahli kadet untuk berminat pada perkara-perkara selain daripada kurikulum biasa dan memperluas pengetahuan dengan menjalankan kegiatan seperti ini ketika masa lapang. Silibus untuk setiap subjek boleh diperoleh di dalam buku Panduan Lencana Kemahiran Kadet.


Arahan dan peperiksaan adalah berasaskan kepada silibus yang telah ditetapkan mengikut setiap subjek. Panduan dan bahan yang mungkin berguna kepada jurulatih dan calon terkandung dalam silibius tersebut.


JURULATIH DAN PEMERIKSA

Jurulatih boleh terdiri daripada dua orang. Seboleh-bolehnya orang luar yang mempunyai kemahiran tentang subjek yang ingin dianjurkan.


KELAYAKAN

Termasuk Lencana Pengetahuan Sejarah Order (Knowledge Of The Order) di mana lencana ini adalah wajib. Seseorang kadet mesti memilih salah satu dan tidak melebihi dua subjek daripada setiap lima kategori.

Knowledge Of The Order

CARE

Animal Care

Caring For The Sick

Caring For Children

Care In The Community

Anti-drug Abuse

LEISURE

Outdoor Pursuits

Fitness


Crafts

Map Reading And Navigation

Musician

EMERGENCY CARE

Accident Prevention

Fire Fighting Prevention

Casualty Simulation

Personal Survival And Life Saving

Civil Defense

LIFE AND SOCIAL SKILLS

Citizenship

Home Skills

Cookery And Nutrition

Do-It-Yourself

Cadet Training Course

COMMUNICATION

Administration Skills

St John World Wide/International Friendship

Communication With The People Who Are Deaf Or Blind

Signaling

Computer Skills

Perlu lulus ujian lisan (Bahagian 1) dan ujian praktikal (Bahagian 2) subjek tersebut membolehkan seseorang memperoleh sijil Lencana Kemahiran Kadet.

Ujian bertulis (Bahagian 3) adalah bahagian pilihan. Kadet yang berjaya lulus bahagian ini akan memperoleh anugerah kepujian di mana ia akan direkodkan dalam Sijil Lencana Kemahiran.


SIJIL

Sijil Lencana Kemahiran Kadet akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan, Keratan sijil akan disimpan oleh Ibu Pejabat Negeri sehingga calon layak dan memperoleh 12 sijil untuk memperoleh Lencana Grand Prior. Keratan tersebut kemudiannya dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan (Sijil Kemahiran tidak dikeluarkan bagi First Aid, Caring For The Sick dan Allied Subject).


PERMOHONAN PEPERIKSAAN DAN PENGELUARAN SIJIL-SIJIL

Permohonan peperiksaan mesti dibuat melalui Setiausaha Negeri dan beliau akan mengatur peperiksaan ini dan sijil akan dikeluarkan oleh SJAM sendiri.

Menulis surat kebenaran kepada Setiausaha Negeri dengan salinan kepada Setiausaha Kawasan, Pegawai Turus Kawasan Kadet dan Pegawai Rekod Kawasan.

Tulis kepada pensyarah yang diiktiraf dengan salinan kepada Pegawai yang sama.

Laksanakan kursus dengan perhatian kepada kehadiran ahli. Ahli yang tidak hadir sebahagian besar kursus sepatutnya dibenarkan mengambil peperiksaan.

Biasanya pemeriksa diatur oleh Setiausaha Negeri tetapi Divisi boleh dapat Pemeriksa sendiri yang diiktiraf oleh Setiausaha Negeri.

Senaraikan ahli-ahli yang layak mengambil peperiksaan dan beri salinan kepada Setiausaha Negeri dan pemeriksa.

Peperiksaan dijalankan oleh pemeriksa dan diperhatikan oleh Setiausaha Negeri.

Setiausaha Negeri akan menghantar keputusan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan dan Divisi diberitahu keputusannya.

Jika lulus, Pegawai Divisi isu keputusan di dalam BFC4 dan kadet dibenarkan membeli dan memakai lencana.

Bila sijil dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan, ia diberikan kepada kadet berkenaan.

Wednesday 19 December 2012

ANUGERAH ST JOHN MUDA

Tamat tahun pertama

Tamat tahun kedua

 Tamat tahun ketiga

KEAHLIAN DEWASA

KELAYAKAN MENJADI AHLI

1.     Umur 17 - 65 tahun (Kadet ------- Dewasa - umur 16 tahun)
2.     Keperibadian yang baik
3.     Tubuh badan yang sihat
4.     Diterima oleh Pemerintah Negeri dalam segala aspek
5.     Lulus Kursus Induksi


KEAHLIAN

1.     Tarikh menjadi ahli ialah tarikh borang BFRS/BF1 ditandatangani
2.     Mesti mempunyai Sijil Pertolongan Cemas yang sah


SYARAT-SYARAT KECEKAPAN

1.     Lulus ujian teknik Basic Life Support
2.     Lulus peperiksaan ulangan pertolongan cemas/perawatan
3.     Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi
4.     Menghadiri 12 perjumpaan latihan divisi
5.     Menjalankan tugas-tugas St John seperti yang dikehendaki oleh Pemerintah Negeri
6.     Menjalankan 30 jam tugas setahun


KECEKAPAN UNTUK TAHUN MENJADI AHLI

1.     Menjadi ahli tidak lewat daripada 30 September
2.     Lulus Kursus Induksi
3.     Menghadiri perbarisan tahunan divisi sekiranya diadakan selepas tarikh menjadi ahli
4.     Menghadiri sekurang-kurangnya 12 perjumpaan latihan divisi.


GAGAL MENGEKALKAN KECEKAPAN

1.     Dua tahun berturut-turut tidak cekap, keahlian luput secara automatik
2.     Rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada Pemerintah Negeri melalui saluran-saluran biasa sekiranya ada sebab-sebab yang munasabah.


PENGECUALIAN DARIPADA SYARAT KECEKAPAN

PEPERIKSAAN ULANGAN TAHUNAN
1.     Pegawai perubatan
2.     Pelajar-pelajar perubatan
3.     Pembantu perubatan
4.     Jururawat berdaftar
5.     Ahli-ahli yang menjalankan latihan perawatan

PERJUMPAAN LATIHAN DIVISI
1.     Pelajar-pelajar perubatan
2.     Ahli-ahli yang menjalankan latihan perawatan

PENGECUALIAN SEBAHAGIAN
Dengan syarat keizinan Pemerintah Negeri, pengecualian boleh diberikan untuk enam perjumpaan latihan divisi.
1.     Dikecualikan daripada enam (maksimum) perjumpaan latihan divisi tetapi mesti menjalankan tugas-tugas spesifik, iaitu sejam untuk satu perjumpaan latihan divisi
        (a) pegawai perubatan - bertugas sebagai pemeriksa peperiksaan ulangan/pengadil dalam pertandingan-pertandingan St John
        (b) pegawai perawatan - bertugas sebagai pemeriksa peperiksaan ulangan/engadil dalam pertandingan-pertandingan St John
        (c) ahli-ahli - menjalankan  tugas pengangkutan, mengiringi pesakit, menjalankan tugas perawatan di hospital dan menjalankan tugas perawatan komuniti
        (d) ahli-ahli - memberi latihan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum kadet (dengan keizinan Penyelia Divisi)
        (e) ahli-ahli - memberi latihan pertolongan cemas kepada organisasi lain
        (f)  ahli-ahli - menghadiri kursus latihan sepanjang hari yang diperakui
        (g) ahli-ahli - menghadiri latihan perkhemahan yang diperakui
        (h) ahli-ahli - menghadiri ceramah-ceramah Pertolongan Cemas/Penjagaan untuk orang sakit

2.     Pengecualian enam perjumpaan latihan divisi
        (a) ahli-ahli yang bekerja sebagai jururawat di hospital
        (b) ahli-ahli yang bekerja sebagai perpustakawan hospital
        (c) ahli-ahli yang bekerja sebagai pemandu ambulans
        (d) ahli-ahli pancaragam - mesti menghadiri sekurang-kurangnya 12 latihan pancaragam

PERBARISAN TAHUNAN DIVISI
1.     Mesti mendapat keizinan Pemerintah Negeri
2.     Yang boleh dikecualikan ialah pelajar-pelajar perubatan dan ahli-ahli yang mengikuti latihan perawatan
3.     Perbarisan Negeri/Kawasan boleh diambil kira sebagai Perbarisan Tahunan untuk kecekapan sekali dalam masa tiga tahun


SENARAI SIMPANAN

1.     Umur tidak melebihi 65 tahun
2.     Mesti ada sekurang-kurangnya tiga tahun perkhidmatan yang cekap
3.     Untuk pegawai-pegawai, permohonan boleh dibuat kepada ibu pejabat melalui saluran-saluran biasa
4.     Untuk ahli-ahli, permohonan boleh dibuat kepada Pemerintah Negeri
5.     Semua permohonan boleh disertai dengan BF4
6.     Pangkat pegawai dan NCO dikekalkan tetapi tiada kuasa ekdekutif
7.     Boleh masul semula ke senarai aktif dengan keizinan Pemerintah Agung. Pegawai boleh mengekalkan pangkat hanya untuk mengisi kekosongan.


KEPERLUAN UNTUK KECEKAPAN TAHUNAN (SENARAI SIMPANAN)

1.     Lulus ujian teknik Basic Life Support
2.     Lulus Peperiksaan ulangan Pertolongan Cemas/Penjagaan Untuk Orang Sakit sebelum sijil luput
3.     Menghadiri enam perjumpaan latihan divisi tahunan
4.     Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi


SENARAI AHLI BERSARA

1.     Mesti mempunyai perkhidmatan cekap tidak kurang daripada enam tahun
2.     Permohonan dan BF4 boleh dihantar kepada Pemerintah Negeri


YURAN KEAHLIAN

1.     Pelajar - RM 1.00
2.     Biasa - RM 2.00
3.     Seumur Hidup - RM 300.00

KEAHLIAN KADET

KELAYAKAN MENJADI AHLI

1.     Berusia 10 - 18 tahun
2.     Mempunyai kebenaran bertulis daripada ibu bapa/waris
3.     Diterima oleh Pemerintah Negeri dalam semua aspek
4.     Mempunyai Sijil Pertolongan Cemas Asas (Kadet Perawatan - Sijil Perawatan Asas dalam tahun selepas tahun menjadi ahli)


TARIKH MENJADI AHLI

Tarikh menandatangani BF1/BFCRS


ISTIADAT PELANTIKAN (ENROLMENT CEREMONY)

Diadakan secepat mungkin (dalam masa enam bulan) selepas kadet telah memperoleh Sijil Pertolongan Cemas Asas.


KECEKAPAN

1.     Tarikh menjadi ahli - tidak lewat daripada 30 September
2.     Lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas
3.     Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi sekiranya diadakan selepas tarikh menjadi ahli
4.     Menghadiri 12 perjumpaan divisi


KECEKAPAN UNTUK TAHUN KENAIKAN KEPADA DIVISI DEWASA

Dianggap cekap pada tahun tersebut sekiranya kadet itu telah memenuhi syarat-syarat kecekapan.

* Kecekapan untuk mendapat Pingat/Chevron Perkhidmatan (Service Chevron/Service Medal) - perkhidmatan semasa menjadi kadet diambil kira
3 tahun kecekapan = 1 tahun kecekapan untuk kadet dewasa


GAGAL MENGEKALKAN KECEKAPAN

1.     Dua tahun berturut-turut tidak cekap, keahlian luput secara automatik.
2.     Rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada Pemerintah Negeri melalui saluran-saluran biasa sekiranya ada sebab-sebab yang munasabah.