Friday 16 November 2012

SEJARAH RINGKAS ORDER OF ST JOHN

Tahun Masihi
600         -       Sejarah St. John bermula. Pope Gregory The Great mengarahkan Abbot Probus membina sebuah rumah rawatan di Jerusalem untuk para jemaah ke tanah suci dan dikendalikan oleh anggota-anggota Order Of Hospitallers di tapak yang berdekatan dengan gereja St John.
Pope Gregory The Great
800         -    Maharaja Charlemangne telah membina Hospice dengan kebenaran Khalifah Harun Al-Rashid.
Khalifah Harun Al-Rashid
Maharaja Charlemangne
1010       -       Khalifah El-Halim telah memusnahkan semua bangunan. Beliau adalah Raja yang zalim.
1023       -        Saudagar dari Almalfi telah membeli sebuah tapak Hospice dan membangunkan semula The Order dengan mengambil lambang Republik Almalfi iaitu bintang Lapan Penjuru. Semasa peperangan Salib First Crusade, paderi-paderi menjadi Panglima Kesatria St John (Knight Hospitallers Of The Order Of St John).
1099       -        Rumah rawatan di bawah The Blessed Gerard memberi rawatan kepada mangsa peperangan yang cedera dan menjadi terkenal di seluruh Eropah lalu dihadiahkan dengan tanah, ladang dan gereja. Oleh yang demikian, lapan cawangan ditubuhkan untuk menguruskan harta yang dihadiahi. Order Of The Hospital Of St John Of Jerusalem ditubuhkan.
The Blessed Gerard
1113       -        Pope Paschal LL mengambil Order di bawah naungannya.
Pope Paschal LL
1118       -        Raymond De Puy mengambil alih dengan gelaran Grand Master Of The Hospital dan berperanan sebagai rumah rawatan dan memberi perlindungan kepada jemaah-jemaah Kristian. Menjadi Order Tentera dan Order Agama. Walaupun terkenal sebagai kuasa tentera namun kerja-kerja amal masih diteruskan. Akibat peperangan yang sering berlaku di Timur Tengah, pusat Order Of St John telah berpindah-randah dari Jerusalem (Acra, kubu kuat kaum Kristian tewas).
1291     -       The Order dihalau dari Jerussalem, Knights melarikan diri ke Cyprus. Pusat Order Of St John telah berpindah ke Cyprus (berperang dengan orang Turki).
1310       -       Pulau Rhodes telah dijadikan pusat Order Of St John (menubuhkan angkatan tentera laut yang kuat). Knights of St. John telah menawan kepulauan Rhodes dan menjadikannya kubu mereka sambil meneruskan tugas murni mereka.
1522       -       Kepulauan Rhodes ditawan.
1530       -       Kepulauan Malta diberi kepada Knights of St John oleh Maharaja Charles V.
1798       - Kepulauan Malta ditawan oleh Napoleon. Knights pulang ke negara masing-masing.
1831       -       St John Gate (dibina sejak TM 1144) di Clerkenwell. London dijadikan ibu pejabat St John untuk England dan negara-negara Komanwel (kini, ibu pejabat antarabangsa).
1834       -       Order telah dibangunkan semula di England Rev. Sir Robert Peat dilantik sebagai Grand Prior yang pertama.
1877       -       S.J.A Association ditubuhkan selepas merasai keperluan pertolongan cemas semasa perang Franco-German (1870-1871) dan berfungsi melatih orang ramai dalam bidang pertolongan cemas, rawatan dan kesihatan serta menjalankan peperiksaan dan mengeluarkan sijil pertolongan cemas.
1882       -       St John Ophtalmic Hospital  ditubuhkan kerana penyakit mata telah berleluasa di Timur Tengah dan menjadi hospital mata terunggul di seluruh dunia.
1887       -       S.J.A. Briged ditubuhkan dan disertai oleh mereka yang memiliki sijil pertolongan cemas. Ahli-ahli memakai uniform dan bersedia berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat sewaktu kecemasan.
1888       -       Ratu Victoria mengurniakan order Of St John dengan Piagam Pertubuhan DiRaja sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan dalam kerja-kerja kebajikan. Lambang telah ditambah dengan 2 ekor singa dan 2 ekor unikorn dan menggambarkan Pertubuhan DiRaja.
1892       -       Cawangan pertama di luar England ditubuhkan di New Zealand dan kemudian berkembang ke Afrika serta negara-negara Komanwel.
1922       -       Pembentukan kadet SJA.
1968       -       SJAA dan SJAB di England telah dicantum dan dikenali sebagai St John Ambulance.

1 comment:

  1. sbobet | Website Info | thauberbet.com
    thauberbet.com sbobet.com sbobet.com sbobet.com sbobet.com sbobet.com fun88 vin sbobet.com sbobet.com 바카라 sbobet.com sbobet.com sbobet.com sbobet.com. sbobet ทางเข้า sbobet.com. sbobet.com. sbobet.com.

    ReplyDelete