Tuesday 20 November 2012

PAKAIAN SERAGAM

Terdapat tiga jenis pakaian seragam yang dipakai untuk pelbagai acara.

Uniform nombor 1 - Pakaian upacara rasmi

Uniform nombor 2 - Pakaian bertugas dan kawad kaki

Uniform nombor 3 - Pakaian mess/rasmi

Uniform nombor 2 sering kali digunakan. Kadang kala ves keselamatan berwarna kuning atau hijau dikenakan di atas pakaian nombor dua untuk tujuan keselamatan dan pemudahcam. Terdapat dua jenis beret untuk ahli dengan pangkat Pegawai. Beret digunakan semasa bertugas manakala Peaked Cap (lelaki) dan Bowler's Hat (perempuan) digunakan selain daripada waktu bertugas.

vest keselamatan

                              
                                             Bowler's Hat                                            Peaked Cap

Kadet-kadet divisi ambulans dan perawatan perlu memakai uniform nombor 2 setiap hari Rabu, acara kawad kaki dan ketika bertugas.
            
UNIFORM KADET AMBULANS LELAKI       
Kemeja putih wajib dimasukkan ke dalam seluar hitam.
Strap bahagian bahu perlu dijahit di hadapan garisan lengan dan disertakan dua butang hitam kecil. Bahagian atas strap perlu menyentuh kelim bahu.
Empat butang hitam besar diletakkan di bahagian hadapan. Jarak antara butang hendaklah di antara 65 hingga 100mm (2.5 hingga 4 inci) dan bersesuaian dengan ukuran badan.
Dua poket dengan penutup beserta dua butang hitam kecil dilekapkan di bahagian dada kemeja.
Lencana poket perlu ditempatkan di bahagian tengah poket sebelah kiri.
Singlet putih perlu dikenakan di sebelah dalam kemeja.
Tag nama perlu di letakkan di atas poket sebelah kanan.
Lencana Grand Prior perlu diletakkan di tengah-tengah antara bahu dan siku sebelah kiri.
Lencana-lencana kecekapan perlu ditempatkan dalam tiga baris di lengan sebelah kiri, 25mm (1 inci) di bawah lencana bahu. 
Lencana kecekapan boleh terus dikenakan oleh kadet yang bertukar ke divisi dewasa sehingga berumur 21 tahun.
Lencana-lencana kecekapan tidak perlu dipamerkan selepas dianugerahkan Lencana Grand Prior.
Lencana Special Service Shield perlu ditempatkan di atas poket kanan dengan jarak 13mm (0.5 inci) antara bahagian bawah lencana dan tag nama.
Lencana Cadet Leader's Strip perlu dipakai di kedua-dua lengan betul-betul di bawah lencana bahu.
Lencana Rank Chevron perlu dipakai di bahagian tengah antara bahu dan siku sebelah kanan. tempatkan lencana ini di bawah lencana Setiausaha dan Penjaga Stor.
Lencana Setiausaha dan Penjaga Stor perlu dipakai di bahagian tengah antara bahu dan siku sebelah kanan.
Tali penyandang/lanyard hitam hanya boleh dipakai di sebelah bahu kiri oleh kadet yang bergelar Pegawai Tidak Bertauliah.




     
 UNIFORM KADET PERAWATAN PEREMPUAN
 (juga terdapat baju berlengan panjang untuk kadet bertudung)
Lencana poket perlu ditempatkan di bahagian hadapan dada sebelah kiri.
Aturan pemakaian lencana adalah sama seperti uniform kadet ambulans lelaki.
Sekiranya bertudung, kadet harus memakai baju yang berlengan panjang dan tidak boleh mengenakan penutup lengan bersama-sama dengan baju berlengan pendek.


 UNIFORM AHLI DEWASA PEREMPUAN
 (juga terdapat baju berlengan panjang untuk kadet bertudung)


SELUAR SLACK HITAM LELAKI DAN PEREMPUAN
Seluar panjang hitam polos berzip hadapan potongan lurus sahaja yang dibenarkan.
Ukur lilit bahagian bawah kaki seluar tidak boleh melebihi 480mm (19 inci).
Tujuh gelung tali pinggang perlu ada di bahagian pinggang seluar.
Panjang seluar mesti 25mm (1 inci) daripada tanah berserta dengan kasut.
Perlu ada dua poket tepi dan dua poket belakang berpenutup yang dilekapkan menggunakan butang hitam kecil.

FORAGE CAP LELAKI
Lencana topi perlu diletakkan di sebelah kiri, 25mm (1 inci) dari bahagian atas dan 75mm (3 inci) dari tepi ke bahagian tengah lencana.
Hanya kadet ambulans yang perlu mengenakan forage cap.
Pemakaian dua pin perlu di bahagian hadapan sebelah bawah cap.





  NURSING CAP PEREMPUAN
Lencana cap perlu diletakkan di bahagian tengah sebelah hadapan cap.
Cap perlu dipakai di bahagian atas sebelah hadapan kepala dan dikenakan di atas tudung kadet yang bertudung.
Hanya kadet perawatan yang perlu mengenakan nursing cap.



TOPI PEREMPUAN 
Digunakan oleh ahli perempuan dewasa.



BERET
Dipakai oleh ahli dewasa lelaki dan perempuan.



LENCANA BERET DEWASA
Dikenakan di bahagian hadapan beret dan topi perempuan.

LENCANA NURSING CAP PEREMPUAN

TALI PENYANDANG/LANYARD

TALI PINGGANG
Tali pinggang hitam nilon 30mm (1.2 inci) dengan gancu berukir logo St John Ambulans Malaysia yang sama seperti lencana kolar.


LENCANA KOLAR
Dikenakan di bahagian penjuru kolar sebelah bawah di bahagian hadapan baju.

LENCANA POKET
Hanya perlu dikenakan oleh kadet ambulans dan perawatan. Ahli Divisi Dewasa tidak perlu meletakkan lencana ini di bahagian poket kiri.

BUTANG BESAR DAN KECIL WARNA HITAM UNTUK BAJU
Butang ini hanya dipakai oleh kadet ambulans sahaja.



TAG NAMA
Berlatar belakangkan warna hitam dan ukiran nama berwarna putih.



BUTANG WARNA PERAK UNTUK BAJU
Butang ini hanya dipakai oleh ahli lelaki dan perempuan dewasa.


LENCANA LENGAN



STOKING HITAM
Hanya stoking hitam polos yang dibenarkan.



KASUT HITAM
Hanya kasut hitam bertali yang dibenarkan.
Kasut mesti dikilatkan untuk semua jenis acara.



KEMEJA-T 
Hanya boleh dipakai ketika tugasan luar berbentuk fizikal, kursus atau latihan kawad kaki.


LAIN-LAIN
Pakaian seragam hanya boleh dikenakan oleh kadet yang telah lulus Program Induksi dan lulus Kursus Asas Pertolongan Cemas ataupun Kursus Pertolongan Cemas Dewasa.
Pemakaian barang kemas dan jam tangan adalah dilarang.
Pemakaian topi hendaklah bersesuaian dengan aktiviti ataupun acara yang disertai.
Tudung warna putih polos harus dimasukkan ke dalam baju bagi kadet perempuan yang bertudung.
Tudung warna hitam polos harus dimasukkan ke dalam baju bagi ahli dewasa yang bertudung.















Untuk rujukan selanjutnya, sila layari panduan pakaian seragam dan panduan pemakaian uniform

5 comments:

  1. Perempuan tudung berwarna hitam atau putih?

    ReplyDelete
  2. Klw hitam utk perempuan dewasa, putih utk perempuan remaja (kadet)

    ReplyDelete
  3. Hi, saya nak tanya apakah posisi yang betul untuk letak badge lance corporal atas lengan baju. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Hello...boleh tahu utk badges di tepi bahu tu..dimana tempat yang sepatutnya? Betul² di tengah² atau mcm mana ya...kalau boleh..nak details lebih tepat...terima kasih

    ReplyDelete