KELAYAKAN MENJADI AHLI
1. Umur 17 - 65 tahun (Kadet ------- Dewasa - umur 16 tahun)
2. Keperibadian yang baik
3. Tubuh badan yang sihat
4. Diterima oleh Pemerintah Negeri dalam segala aspek
5. Lulus Kursus Induksi
KEAHLIAN
1. Tarikh menjadi ahli ialah tarikh borang BFRS/BF1 ditandatangani
2. Mesti mempunyai Sijil Pertolongan Cemas yang sah
SYARAT-SYARAT KECEKAPAN
1. Lulus ujian teknik Basic Life Support
2. Lulus peperiksaan ulangan pertolongan cemas/perawatan
3. Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi
4. Menghadiri 12 perjumpaan latihan divisi
5. Menjalankan tugas-tugas St John seperti yang dikehendaki oleh Pemerintah Negeri
6. Menjalankan 30 jam tugas setahun
KECEKAPAN UNTUK TAHUN MENJADI AHLI
1. Menjadi ahli tidak lewat daripada 30 September
2. Lulus Kursus Induksi
3. Menghadiri perbarisan tahunan divisi sekiranya diadakan selepas tarikh menjadi ahli
4. Menghadiri sekurang-kurangnya 12 perjumpaan latihan divisi.
GAGAL MENGEKALKAN KECEKAPAN
1. Dua tahun berturut-turut tidak cekap, keahlian luput secara automatik
2. Rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada Pemerintah Negeri melalui saluran-saluran biasa sekiranya ada sebab-sebab yang munasabah.
PENGECUALIAN DARIPADA SYARAT KECEKAPAN
PEPERIKSAAN ULANGAN TAHUNAN
1. Pegawai perubatan
2. Pelajar-pelajar perubatan
3. Pembantu perubatan
4. Jururawat berdaftar
5. Ahli-ahli yang menjalankan latihan perawatan
PERJUMPAAN LATIHAN DIVISI
1. Pelajar-pelajar perubatan
2. Ahli-ahli yang menjalankan latihan perawatan
PENGECUALIAN SEBAHAGIAN
Dengan syarat keizinan Pemerintah Negeri, pengecualian boleh diberikan untuk enam perjumpaan latihan divisi.
1. Dikecualikan daripada enam (maksimum) perjumpaan latihan divisi tetapi mesti menjalankan tugas-tugas spesifik, iaitu sejam untuk satu perjumpaan latihan divisi
(a) pegawai perubatan - bertugas sebagai pemeriksa peperiksaan ulangan/pengadil dalam pertandingan-pertandingan St John
(b) pegawai perawatan - bertugas sebagai pemeriksa peperiksaan ulangan/engadil dalam pertandingan-pertandingan St John
(c) ahli-ahli - menjalankan tugas pengangkutan, mengiringi pesakit, menjalankan tugas perawatan di hospital dan menjalankan tugas perawatan komuniti
(d) ahli-ahli - memberi latihan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum kadet (dengan keizinan Penyelia Divisi)
(e) ahli-ahli - memberi latihan pertolongan cemas kepada organisasi lain
(f) ahli-ahli - menghadiri kursus latihan sepanjang hari yang diperakui
(g) ahli-ahli - menghadiri latihan perkhemahan yang diperakui
(h) ahli-ahli - menghadiri ceramah-ceramah Pertolongan Cemas/Penjagaan untuk orang sakit
2. Pengecualian enam perjumpaan latihan divisi
(a) ahli-ahli yang bekerja sebagai jururawat di hospital
(b) ahli-ahli yang bekerja sebagai perpustakawan hospital
(c) ahli-ahli yang bekerja sebagai pemandu ambulans
(d) ahli-ahli pancaragam - mesti menghadiri sekurang-kurangnya 12 latihan pancaragam
PERBARISAN TAHUNAN DIVISI
1. Mesti mendapat keizinan Pemerintah Negeri
2. Yang boleh dikecualikan ialah pelajar-pelajar perubatan dan ahli-ahli yang mengikuti latihan perawatan
3. Perbarisan Negeri/Kawasan boleh diambil kira sebagai Perbarisan Tahunan untuk kecekapan sekali dalam masa tiga tahun
SENARAI SIMPANAN
1. Umur tidak melebihi 65 tahun
2. Mesti ada sekurang-kurangnya tiga tahun perkhidmatan yang cekap
3. Untuk pegawai-pegawai, permohonan boleh dibuat kepada ibu pejabat melalui saluran-saluran biasa
4. Untuk ahli-ahli, permohonan boleh dibuat kepada Pemerintah Negeri
5. Semua permohonan boleh disertai dengan BF4
6. Pangkat pegawai dan NCO dikekalkan tetapi tiada kuasa ekdekutif
7. Boleh masul semula ke senarai aktif dengan keizinan Pemerintah Agung. Pegawai boleh mengekalkan pangkat hanya untuk mengisi kekosongan.
KEPERLUAN UNTUK KECEKAPAN TAHUNAN (SENARAI SIMPANAN)
1. Lulus ujian teknik Basic Life Support
2. Lulus Peperiksaan ulangan Pertolongan Cemas/Penjagaan Untuk Orang Sakit sebelum sijil luput
3. Menghadiri enam perjumpaan latihan divisi tahunan
4. Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi
SENARAI AHLI BERSARA
1. Mesti mempunyai perkhidmatan cekap tidak kurang daripada enam tahun
2. Permohonan dan BF4 boleh dihantar kepada Pemerintah Negeri
YURAN KEAHLIAN
1. Pelajar - RM 1.00
2. Biasa - RM 2.00
3. Seumur Hidup - RM 300.00
Showing posts with label keahlian. Show all posts
Showing posts with label keahlian. Show all posts
Wednesday, 19 December 2012
KEAHLIAN KADET
KELAYAKAN MENJADI AHLI
1. Berusia 10 - 18 tahun
2. Mempunyai kebenaran bertulis daripada ibu bapa/waris
3. Diterima oleh Pemerintah Negeri dalam semua aspek
4. Mempunyai Sijil Pertolongan Cemas Asas (Kadet Perawatan - Sijil Perawatan Asas dalam tahun selepas tahun menjadi ahli)
TARIKH MENJADI AHLI
Tarikh menandatangani BF1/BFCRS
ISTIADAT PELANTIKAN (ENROLMENT CEREMONY)
Diadakan secepat mungkin (dalam masa enam bulan) selepas kadet telah memperoleh Sijil Pertolongan Cemas Asas.
KECEKAPAN
1. Tarikh menjadi ahli - tidak lewat daripada 30 September
2. Lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas
3. Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi sekiranya diadakan selepas tarikh menjadi ahli
4. Menghadiri 12 perjumpaan divisi
KECEKAPAN UNTUK TAHUN KENAIKAN KEPADA DIVISI DEWASA
Dianggap cekap pada tahun tersebut sekiranya kadet itu telah memenuhi syarat-syarat kecekapan.
* Kecekapan untuk mendapat Pingat/Chevron Perkhidmatan (Service Chevron/Service Medal) - perkhidmatan semasa menjadi kadet diambil kira
1. Berusia 10 - 18 tahun
2. Mempunyai kebenaran bertulis daripada ibu bapa/waris
3. Diterima oleh Pemerintah Negeri dalam semua aspek
4. Mempunyai Sijil Pertolongan Cemas Asas (Kadet Perawatan - Sijil Perawatan Asas dalam tahun selepas tahun menjadi ahli)
TARIKH MENJADI AHLI
Tarikh menandatangani BF1/BFCRS
ISTIADAT PELANTIKAN (ENROLMENT CEREMONY)
Diadakan secepat mungkin (dalam masa enam bulan) selepas kadet telah memperoleh Sijil Pertolongan Cemas Asas.
KECEKAPAN
1. Tarikh menjadi ahli - tidak lewat daripada 30 September
2. Lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas
3. Menghadiri Perbarisan Tahunan Divisi sekiranya diadakan selepas tarikh menjadi ahli
4. Menghadiri 12 perjumpaan divisi
KECEKAPAN UNTUK TAHUN KENAIKAN KEPADA DIVISI DEWASA
Dianggap cekap pada tahun tersebut sekiranya kadet itu telah memenuhi syarat-syarat kecekapan.
* Kecekapan untuk mendapat Pingat/Chevron Perkhidmatan (Service Chevron/Service Medal) - perkhidmatan semasa menjadi kadet diambil kira
3 tahun kecekapan = 1 tahun kecekapan untuk kadet dewasa
GAGAL MENGEKALKAN KECEKAPAN
1. Dua tahun berturut-turut tidak cekap, keahlian luput secara automatik.
2. Rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada Pemerintah Negeri melalui saluran-saluran biasa sekiranya ada sebab-sebab yang munasabah.
Location:
George Town, Penang, Malaysia
KADET
MATLAMAT
Matlamat organisasi Kadet St John Ambulans adalah seperti berikut :
(a) memberi peluang untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam SJAM.
(b) Menggalakkan golongan muda mengikuti contoh cara hidup sebagai mana yang terdapat di dalam Rukun Keperwiraan Kadet (Cadet Code Of Chivalry).
(c) Mewujudkan semangat usaha sama sambil membentuk keperibadian individu.
(d) Meningkatkan taraf kesihatan.
(e) Menggalakkan golongan muda menggunakan masa lapang mereka secara penuh produktiviti dengan menyediakan kemudahan moden, nasional dan organisasi belia.
(f) Menjadi batu asal untuk keahlian Divisi Dewasa di dalam SJAM.
KELAYAKAN
1. Calon keahlian kadet mesti :
(a) berumur di antara 10 hingga 18 tahun
(b) mempunyai kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga
(c) boleh diterima oleh Pemerintah di dalam semua aspek
(d) telah lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas
2. Tarikh menyertai adalah tarikh di mana individu telah menandatangani Borang BF1 atau BFCRS.
3. Had umur - Tidak ada seorang pun yang boleh meneruskan keahliannya sebagai ahli kadet setelah mencapai umur 18 tahun tetapi boleh dilantik ke Divisi Dewasa setelah mencapai umur 16 tahun.
UPACARA KEMASUKAN
1. Upacara kemasukan boleh mengambil tempat tidak melebihi enam bulan setelah kadet telah menyertai SJAM. Upacara kemasukan boleh dikendalikan oleh pegawai-pegawai berikut, mengikut keutamaan :
(a) Pemerintah negeri/kawasan
(b) Pegawai Turus (kadet)
(c) Yang Dipertua
(d) Mana-mana Pegawai Turus Kanan yang telah diluluskan oleh Pemerintah Negeri/Kawasan
2. Upacara tersebut harus mengambil tempat di Ibu Pejabat Negeri/Kawasan, dewan atau di tempat-tempat lain yang sesuai di mana ibu bapa atau rakan-rakan sekiranya dipersetujui menyaksikan aktiviti tersebut.
3. Pakaian - setelah kadet lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas, ahli tersebut dibenarkan memakai pakaian seragam mengikut Peraturan Pakaian Seragam yang terkini.
KECEKAPAN
1. Untuk kecekapan, kadet yang dikehendaki :
(a) lulus peperiksaan ulangan tahunan di dalam Sokongan Hidup Am (Basic Life Support) sebagai salah satu program latihan biasa.
(b) hadir pada Pemeriksaan Divisi Tahunan. (Pemeriksaan Negeri/Wilayah/Kawasan boleh dianggap sebagai kecekapan, sekali dalam tempoh tiga tahun, kebenaran terlebih dahulu perlu diperolehi daripada Pemerintah Negeri/Wilayah)
(c) menghadiri sekurang-kurangnya 12 mesyuarat divisi
(d) menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan di dalam SJAM sehingga memuaskan pegawai
2. Kecekapan pada tahun menyertai - untuk mengira perkhidmatan pada tahun menyertai SJAM, seseorang ahli kadet mesti :
(a) menyertai tidak lewat daripada 30 September
(b) lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas
(c) menghadiri pemeriksaan Divisi Tahunan (sekiranya diadakan setelah tarikh manyertai)
(d) menghadiri 12 mesyuarat divisi
3. Gagal mengekalkan kecekapan - Keahlian SJAM akan luput dengan sendirinya dalam keadaan di mana kadet tidak aktif selama dua tahun berturut-turut.Walau bagaimanapun, sekiranya kadet menjadi aktif untuk jangka masa lebih daripada dua tahun akibat sakit, merantau, peperiksaan atau hal peribadi yang penting; digalakkan untuk memohon, melalaui saluran yang biasa kepada Pemerintahan Negeri/Wilayah, dilantik ke sattus Dewasa, mengundurkan tarikh kepada 16 tahun.
4. Peperiksaan Ulangan Kadet - Peperiksaan ulangan untuk mereka yang berminat untuk mengendalikan Sijil Pertolongan Cemas Asas, seboleh-bolehnya dikendalikan oleh Pegawai Turus Negeri/Kawasan (kadet) atau pegawai lain yang dicadangkan oleh Pegawai Perubatan Negeri/kawasan.
DIVISI
1. Divisi adalah unit biasa di dalam St John Ambulans dan sebuah Divisi Kadet mesti mengandungi tidak kurang daripada lapan orang, termasuk seorang pegawai dan biasanya tidak melebihi 48 orang.
2. Nama Unit - Nama setiap divisi mesti mengandungi nama tempat asalnya di mana ia terletak, bersama perkataan, nama dan nombor atau mana yang difikirkan sesuai .
3. Divisi campuran - Perintah kawasan boleh mencadangkan penubuhan divisi gabungan seperti mana yang terdapat di dalam peraturan SJAM.
4. Penubuhan - Matlamat lengkap penubuhan terdapat di dalam Peraturan SJAM. Penubuhannya adalah sama dengan semua divisi lain, tetapi perlu diingatkan bahawa divisi yang mengandungi kedua-dua jantina mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemimpin dewasa lelaki atau perempuan.
5. Mesyuarat - Sebuah divisi mesti berjumpa tidak kurang daripada dua kali sebulan atau seperti mana yang telah diarahkan oleh pegawai penyelia. Setiap mesyuarat mesti dijalankan selama sejam dan kadet hanya boleh dikira hadir sekiranya hadir pada masa yang minimum.
6. Pelantikan Pegawai Turus - Pegawai turus yang khasnya bertanggung jawab ke atas hal-hal kadet adalah :
(a) ketua pegawai turus kadet di ibu pejabat kebangsaan
(b) pegawai turus negeri/wilayah (kadet)
(c) pegawai turus kawasan (kadet)
7. Pegawai Turus Divisi - Bilangan pegawai di dalam Peraturan SJAM
(a) Pegawai Kadet - Pegawai yang dilantik untuk menyelia kadet mesti, pada pelantikan pertama, biasanya berumur 45 tahun dan ke bawah. Pegawai seumpama ini mesti mempunyai kebolehan, terbukti dalam memimpin dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan serta menyediakan diri mereka untuk menjalani latihan biasa dalam kerja-kerja belia.
(b) Ketua Kadet - Ketua Kadet akan dilantik bagi pihak pemerintah oleh Pegawai Turus Kawasan (Kadet) di atas cadangan oleh Pegawai Penyelia Divisi Kadet tersebut. Mereka akan dipi;ih berdasarkan sifat-sifat kepimpinan, biasanya telah mencapai umur 15 tahun dan memegang pangkat Sarjan Kadet tetapi mereka bukannya pegawai. Mereka harus diberi tugas dalam posisi di mana mereka boleh menggunakan kualiti kepimpinan dengan menyelia kumpulan kadet atau bakal menggantikan Pegawai Divisi.
(c) NCO Kadet - NCO Kadet dilantik oleh Penguasa Divisi, biasanya boleh berunding dengan pegawai Atasan Pegawai Turus (Kadet). Latihan mesti diberi unutk membolehkan NCO Kadet menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka.
8. Jawatankuasa Divisi - Penguasa Divisi Kadet mesti membentuk Jawatankuasa Divisi. Wakil mesti dilantik dari kalangan Ketua Kadet, NCO Kadet dan kadet. Cadangan Jawatankuasa mestilah hanya sebagai kumpulan memberi pandangan sahaja.
Location:
George Town, Penang, Malaysia
Tuesday, 18 December 2012
ST JOHN MUDA
1. Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menyertai St John Muda mesti
(a) berumur antara 8 hingga 11 tahun
(b) mempunyai kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga
2. Kanak-kanak pada umur ini melalui perkembangan yang cepat dari segi fizikal dan mental serta memerlukan banyak skop untuk aktiviti. Aktiviti-aktiviti ini mestilah praktikal seberapa yang boleh.
3. Matlamat utama St John Muda adalah menjadi kadet percubaan dalam umur 10 tahun enam bulan dengan harapan menduduki peperiksaan pertolongan cemas asas di antara usia 10 tahun enam bulan hingga 11 tahun, kemudiannya turut serta sebagai ahli kadet.
4. Program latihan untuk St John Muda tidak semestinya berulang kali dan cadangan yang diberikan di bawah adalah bertujuan sebagai panduan sahaja.
5. Program-program berikut mesti disertakan sebagai mata pelajaran asas dalam tempoh tiga tahun
(a) pertolongan cemas dan perawatan
(b) pengetahuan sejarah St John Ambulans
(c) keselamatan jalan raya
(d) pengetahuan am
(e) rekreasi fizikal
6. Lencana Anugerah Tahun 1 (1 bintang), Tahun 2 (2 bintang) dan Tahun 3 (3 bintang) dianugerahkan kepada St John Muda setelah berjaya menyelesaikan mata pelajaran asas untuk tahun pertama, kedua dan ketiga.
7. St John Muda juga boleh digalakkan mengambil bahagian di dalam pelbagai subjek dan ingin terbuka kepada negeri masing-masing untuk membentuk skema "Topik St John Muda".
Location:
George Town, Penang, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)